Tuesday, 3 March 2020


Pengenalan

Isu yang paling ketara sekarang ini ialah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang tua.Masjid sebagai rumah Allah bukanlah dibina semata-mata untuk ibadat dan solat tetapi merangkumi pelbagai risalah masjid.

Masjid berasal daripada kata nama (سجد) bermaksud sujud. Manakala makna masjid dari sudut istilah pula ialah bangunan yang dibina untuk menunaikan solat di dalamnya kerana Allah SWT, beribadat kepada-Nya dengan ikhlas. Masjid juga adalah dikhususkan uruf pada tempat yang didirikan solat lima waktu dan tidaklah termasuk musolla tempat berkumpul untuk solat-solat tertentu seperti solat sunat hari raya, istisqa’ dan selainnya. Tidak diberikan hukum masjid baginya seperti mana juga madrasah dan juga ribat.

Namun begitu, masyarakat hari ini kurang faham dan tidak memberi sambutan
yang menggalakkan terhadap fungsi masjid. Oleh yang demikian, pihak Jabatan
Agama Islam Perak, Majlis Agama Islam Daerah dan Pengurusan Masjid telah
merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah untuk menyedarkan
masyarakat demi pentingnya masjid dalam kehidupan. Namun begitu, masih
wujud kelemahan dan masalah dalam perlaksanaan fungsi masjid kepada

masyarakat.

menarik jemaah ke masjid

MENGANGKAT peranan masjid yang bersifat pelbagai fungsi dan tidak dilihat sebagai institusi penyebaran ilmu semata-mata, pengurusan dengan menganjurkan program berbentuk hiburan dakwah.Mengadakan dua hari berturut-turut pada Jumaat dan Sabtu, ia bermatlamat menarik golongan remaja untuk datang ke masjid bagi solat berjemaah serta menjadikannya rumah kedua mereka.

Tidak sekadar memuatkan pengisian berunsur dakwah menerusi forum dan ceramah agama, karnival itu turut membuka peluang perniagaan kepada ahli kariah di sekitarnya menerusi jualan reruai dan trak makanan.
Selain itu, suasana masjid yang biasanya agak sunyi dapat dihidupkan dengan konsert berkonsepkan keagamaan yang dibarisi artis popular sementara bagi kanak-kanak pula disediakan taman permainan serta zoo mini.

 Langkah Menggalakkan anak-anak muda ke masjid

Libatkan orang muda dalam Ahli Jawankuasa masjid pada masa yang sama wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur.

Mengadakan  khas ceramah khas untuk orang muda yang menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh mereka dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, isu cinta mengikut neraca syariat sebenar, isu membina keluarga bahagia, isu melunaskan hutang dengan sebaik mungkin dan lain-lain.

Wujudkan bahan bacaan di perpustakaan masjid yang meraikan kehendak orang muda   serta mengadakan majlis makan atau sembang santai dengan orang muda dalam uslub dakwah yang mengharmonikan, bukan meliarkan.

Bina beberapa team mengikut minat orang muda seperti chef masakan orang muda, team pengkaji sejarah, team perbincangan pemikiran semasa, team jahitan, team sukan, team motorbike, dan lain-lain lagi.

Letakkan di mini perpustakaan majalah-majalah semasa terutamanya berbentuk Islamik atau info, begitu juga dengan buku yang berkaitan kisah-kisah dan penceritaan yang menarik, penuh dengan iktibar serta pengajaran.

Wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya  serta  memberi insentif kepada orang muda yang melazimi masjid dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid.

Kesimpulannya

Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.
Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti bersukan dan riadah.
Selain itu pihak masjid juga boleh menyediakan infrastruktur yang menjadi keperluan umat islam dan juga anak-anak muda seperti kemudahan teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat pendidikan bagi menarik minat masyarakat untuk menghadiri dan mengimarah kan masjid. Begitu juga dengan menjadikan masjid sebagai hub kemasyaratan untuk rujukan dan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus pra-perkahwinan dan kelas tambahan secara percuma.
Akhir kalam, kami katakan bahawa menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat. Inilah syabab yang kita dambakan.